Sunday, May 21, 2023

Cuba Untuk Kekal Relevan

Satu perkara yang saya perhatikan kebelakangan ini ialah, MASA menjadi semakin berharga sehingga MANUSIA sentiasa bekerja sepanjang waktu. Ironinya, keadaan itu ditempuh sejajar dengan zaman 4IR, zaman AI. Sehingga ada yang membuat telahan kebanyakan pekerjaan di muka bumi ini akan jadi 'obselete' diambil alih oleh AI.

Cabaran blogging tahun 2020-an lebih hebat lagi. Manusia (mungkin) lebih malas membaca. Blog dengan tulisan panjang lebar sudah tidak lagi mampu menarik trafik. Tidak seperti zaman kegemilangannya 10 - 15 tahun yang lalu. Segalanya kini mesti ringkas, padat dan menarik. Kerana itu agaknya TikTok cepat menular jadi trend dunia. Sifatnya dalam bentuk video pendek dan tak perlu banyak membaca. Cukup menggunakan tarikan audio, visual dan sedikit teks sudah mampu menjadi medium menyebarkan maklumat.

Justeru, ini adalah beberapa perubahan yang akan saya lakukan dalam blog Busa Berbunga Oksigen 2.0. Sengaja saya tidak sambung Busa Berbunga Oksigen (BBO) yang terdahulu kerana pertamanya blog itu sudah mati. Keduanya, saya juga geli tatkala membacanya semula akibat pengaruh & kecenderungan tulisan fiksyen yang absurd ketika itu.

Kali ini, saya pendekkan, padatkan. Bermain dengan visual melalui grafik mahu pun foto. Sepasang ikan puyu suami isteri yang popular di BBO, usah diharap untuk muncul lagi.

 


*Sumber foto : Koleksi cedokan akaun pinterest saya
Share:

0 comments:

Post a Comment