Monday, May 22, 2023

Durian Belanda

 



Beberapa minggu sebelum jatuh gering, arwah Abuya sempatlah tanam beberapa anak pokok. Antaranya kelapa dan durian belanda. Masa tu seingat saya betul-betul hujung pkp. Kemudian Abuya ke rumah adik saya. Hampir sebulan dia & Ummi di sana dan rupanya terus bersemadi tidak lagi kembali untuk sempat saya melihat rutinnya ketika hayat seperti menyiram pohon tanaman.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Akhirnya buah sulung sudah pun muncul. Besar juga buahnya untuk dinikmati anak cucu.

Kini, menjadi tugas saya untuk memastikan tanaman ini semua terus hidup dan subur. Mudah-mudahan pahala manfaatnya terus masuk ke dalam akaun Abuya.

Al-Fatihah~

Share:

Sunday, May 21, 2023

Cuba Untuk Kekal Relevan

Satu perkara yang saya perhatikan kebelakangan ini ialah, MASA menjadi semakin berharga sehingga MANUSIA sentiasa bekerja sepanjang waktu. Ironinya, keadaan itu ditempuh sejajar dengan zaman 4IR, zaman AI. Sehingga ada yang membuat telahan kebanyakan pekerjaan di muka bumi ini akan jadi 'obselete' diambil alih oleh AI.

Cabaran blogging tahun 2020-an lebih hebat lagi. Manusia (mungkin) lebih malas membaca. Blog dengan tulisan panjang lebar sudah tidak lagi mampu menarik trafik. Tidak seperti zaman kegemilangannya 10 - 15 tahun yang lalu. Segalanya kini mesti ringkas, padat dan menarik. Kerana itu agaknya TikTok cepat menular jadi trend dunia. Sifatnya dalam bentuk video pendek dan tak perlu banyak membaca. Cukup menggunakan tarikan audio, visual dan sedikit teks sudah mampu menjadi medium menyebarkan maklumat.

Justeru, ini adalah beberapa perubahan yang akan saya lakukan dalam blog Busa Berbunga Oksigen 2.0. Sengaja saya tidak sambung Busa Berbunga Oksigen (BBO) yang terdahulu kerana pertamanya blog itu sudah mati. Keduanya, saya juga geli tatkala membacanya semula akibat pengaruh & kecenderungan tulisan fiksyen yang absurd ketika itu.

Kali ini, saya pendekkan, padatkan. Bermain dengan visual melalui grafik mahu pun foto. Sepasang ikan puyu suami isteri yang popular di BBO, usah diharap untuk muncul lagi.

 


*Sumber foto : Koleksi cedokan akaun pinterest saya
Share:

Pelan Tindakan.

Memetik kata-kata seorang sahabat bisnis yang gemar berkongsi tips,

"Dalam kedaan sekarang kena hati hati gak dalam pelan tindakan. Jangan mengejar 'short term solution' yang tak bermanfaat".

Itulah Naz Daim,
Pengasas Karnivor Malaya & Chicken Royale.

*p/s : Gambar itu bukan Naz Daim. Itu gambar raya saya yang tidak berapa raya.

Share: